weyh, rezeki Allah yang bagi, kau jangan berlagak ! bersyukur sikit.
terdiam aku mendangar kata2 itu, walaupun hanya dengan nada gurauan, aku tetap terdiam, berfikir sebentar.sesungguhnya manusia yang mengeluarkan perkataan tersebut bukanlah seseorang yang akan sering dilihat memakai songkok atau pun memakai jubah, dia hanyalah insan biasa.insan yang ku gelar rakan.
suara lunaknya mengetuai solat asar menggoncang hati ku, teringin ku tahu, milik suara siapakah itu ? perasaan ingin tahu ku membuak2, patutkah aku ? rakan2 ku sibuk bertanya aku hingga tangan ku menyelak penghadang antara jemaah lelaki dah perempuan, aha rahsia sudah terbongkar.kini ku tahu.
lamunan ku terhenti.kini aku berada betul2 di hadapan jejaka tersebut, sedang dia asyik bercerita tentang kisah hidup nya yang tragis pada suatu ketika dahulu, aku tidak sengaja mengimbas kembali pertama kali aku memandang tinggi terhadapnya.
*sekadar memandang tinggi, bukannya apa apa*
hendak dijadikan cerita lagi, ingin ku bertanya, pernahkah anda memandang serong terhadap seseorang berdasarkan apa yang rakan rakan anda cakap tentang diri seseorang itu ?
aku akui, aku pernah, dan aku sangat dan teramat menyesal.setelah bertemu dan berbicara bersama insan tersebut, lebih ku fahami, dan baru ku tahu mengapa.dan aku tidak akan bertanya lagi, syabas buat anda, anda begitu tabah.
*aku tidak akan lagi mengata yang bukan2 terhadap orang yang tidak ku kenali*
im keeping my options open; maxime
p/s: maaflah tentang tajuk, kerana benda betul tak boleh nak buat apa kan :D haha, tegur la if ada apa2 salah