Mademoiselle

My photo
Hi! I'm Sabrina, a 25 year old wanderer. This where I write about things that are relevant to my life whether big or small, mostly about my feelings towards things. All things posted are strictly my take on things unless written otherwise. Happy reading!

Sunday, October 18, 2009

30

aduhh, tatkala ku sedang menaip huruf di papan kekunci ini, ada rakan2 ku yang sedang enak dibuai mimpi, padahal jarum jam sudah menunjukkan hampir dua petang.dan mungkin juga ada yang sedang penat memerah otak barangkali, menyelesaikan masalah matematik tambahan atau fizik atau sewaktu dgnnya, kerana peperiksaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. ya benar jika saya mengatakan bahawa saya sedang membazir sedikit masa membuat perkara yang memuaskan nafsu saya ini, tetapi otak sudah penuh, hampir penuh dengan fakta2 sejarah yang entah ya atau tidak melekat di kepala otakku ini.

haih, daku mengeluh sekali lagi.spm hanya tinggal sebulan, tiga puluh hari jika mahu dikira dengan nombor.tetapi mengapa ku rasa seakan2 tidak bersedia?otak ku hampir penat, tetapi badanku enggan menyerah diri.fikiran sering terbang melayang, apakah yang akan terjadi selepas ini?tekanan menyuruhku belajar sepenuh hati, agar hati ibu dan bapa ku tidak dikecewakan, sekali lagi. aku ingin kan yang terbaik buat diriku dan juga diri mereka.

saban hari, aku tidak jemu malah tidak sedikit pun merasa bosan untuk memgang buku yang hampir koyak rabak, akibat terlampau khusyuk belajar agak nya, ku harap segala ape yang aku korbankan akan membuah kan hasil

akhir kata, semoga segala salah dan silap ku dimaafi, walaupun raya sudah meninggalkan kita, agar kita bersama2 meraih kejaan yang cemerlang mendapat sepuluh a PLUS, selari dgn hasrat Menteri Pelajaran kita pada tahun ini.

masa seakan2 iri hati, oleh ini saya mgundur diri.
sekian; alhana