Mademoiselle

My photo
Hi! I'm Sabrina, a 25 year old wanderer. This where I write about things that are relevant to my life whether big or small, mostly about my feelings towards things. All things posted are strictly my take on things unless written otherwise. Happy reading!

Saturday, September 18, 2010

Hari Menduga

walau dgn kehadiran tetamu yang tidak henti henti, saya masih mampu untuk kekal ayu dan kurus dari pukul 7 pagi sampai 7 petang. fuhhhh. penat tahu ? meh sini cek serita sikit kronologi dia.

TING-A-LING loceng berbunyi. oh atau bunyinya lebih sesuai ditulis seperti ini : KRINGGGG. ha, lebih sesuai. tandanya, khidmat diperlukan di bawah. dengan aura busuk masam yang tidak mandi lg nii, turun lah saya ke dapur. 7 pagi. mula lah proses memasak, meng-touch up kan apa yang ada, dan menghias rumah, untuk menyiapkan rumah bagi bakal askar tetamu yang bakal menyerang rumah. dalam pukul 10 tu, siap lah semua. pantas kan ? (3 jam JE -.-')

naiklah saya ke bilik yang biru , dan laptop terus di hadap. mandi kemudian. hehe. kemudian terdengarlah bunyi seperti TING TONG. biasanyaa, hati akan berdegup lebih kencang dan kaki akan terus berlari ke bilik air sambil mandi dgn lajunya (sah sah mandi kambing tuh :P) kerana itu tandanya mama sudah pulang, tetapi kali ini berbeza. diri ini masih lagi terduduk di atas katil yang empuk ini, melayan karenah laptop yang tak habis habis meminta attention. apa lagi, layan lah kan :P

diri ini sedar. busuk jugak sebenarnya. so, jejak juga lah kaki dalam bilik mandi tuh. okay forward sikit. okayyy dah habis mandi. dilemma, baju apa hendak pakai ? okay forward lagiii. tiba kepada scene di bawah, sedara sudah mula dtg. baju ? tudung ? ah nantilah, malas nak kisah. janji tetamu happy :) gumbira pabila berjumpa si sepupu yang sudah jumpa , dan belum dijumpai. hehehe. borak pun best. main ipad pun best XD

dalam pukul 2, sesi sedara sudah habis, sesi rakan rakan pulaaa :D tersergam indah lah baby neo di hadapan rumah ku, menandakan rakan ku yang nun jauh dari bangi sudah tiba :) syg kau ! hehe. dia bersama selipar espritnya dan juga D90 yang anggun menjejakkan kali ke rumah ku yang humble ini buat kali pertama. rakan rakan kakak ku ? malas nak cerita.

kemudian, kakiku perlu menekan pedal suzuki swift yang sexy itu untuk menjemput rakan rakan sekerja dari stesyen kereta api. habis duit agaknya, tidak boleh naik taxi kan :P haaaa gurau. rindu lah lamaaaaaa tak berjumpa. dan juga bekerja. rindu duit masuk bank. hehe. dan dtglah juga, seorang graduan utp yang bangga, dgn motornya, parking di hadapan rumahku.

kakiku perlu menekan pedal suzuki swift itu lagi sekali untuk mengambil VVIP , datin dari subang kerana dia mmg toplist lah guest untuk event nih, so tak boleh complain dia tkde duit naik cab :P hehe. setelah beberapa sesi bergossip dan stalk stalk, baby neo pun perlu pulang ke crib nya di bangi. sob sob rindu nya :(

rakan sekerja pun pulang. aku dan datin pun meneruskan sesi gossip2 di bilik ku, sementara menunggu askar2 tetamu yang lain pula dtg. kali ini, rakan seuniversiti pula yg datang. fuhh, ramai ! jejaka jejaka hensem pun ramaaaai :P 4 kereta ada. satu si datuk. satu si campur rakan baik sayaa :). satu si macho. dan satu lg ni, bukan rakan seuniversiti. ini rakan speshel. rare tuh, tak dapat di tronoh. HAHA. jadi, saya dan datin pun membandingkan mereka mereka ini dalam nada yang perlahan supaya tidak didengari oleh mereka. hahaha cis boleh pulak kutuk kawan sendiri. mmg takkkk ! semua org berborak seperti biasa, seperti manusia berumur 18 tahun biasa berborak. gelak tawa juga mestilah ada. lawak datuk tu, kelakar sungguh ! kucing saya, Tony pun ingin join juga kan ? :D



OH COMELMYA KUCING SAYAA :D



terima kasih buat datuk ye, kerana menghabiskan makanan :)



oh apa tk nk cerita lg ? haa. jam sudah menunjukkan hampir pukul tujuh. 'approaching seven' lah kita kata kan :) jadi, rakan rakan saya pun perlulah beransur. satu kelisa. satu wira KOT. satu waja. dan satu lagi Swift yang tak berapa nak sexy lah. putih tak boleh lawan yg biru ;)



tp yang pasti, kasut si muda itu, wahh, HENSEM ;))


konklusinya : PENAT. tp best :D

*maybe, ada lah yang tertinggal tidak dicerita kan,

tapi itu hanya memori dalam hati sahajaaa :)

kekal abadi, selamanyaaaa. hahaha merepek -.-'

ok bye ! nk tido -.-' esok ada seround lagi askar, tp pagi je lah :D

MAXIME love ♥


dj got us falling in love again by usher ft pitbull

4 comments:

Haziqcomel.;-) said...

Kurus knon..cehh..btw,sory x dpt dtg..;-)..x d jmput pon..heh

alhanasabrina said...

jgn perasan comellllll ye haziq. and org dah jemput lah ! :D haha

lisa azelan said...

alaaa bestnyaaa. rugi pulak tak datang. oh well. next year buat lagi eh? :)

alhanasabrina said...

oh sure will, provided u balik msia lah :))