Mademoiselle

My photo
Hi! I'm Sabrina, a 25 year old wanderer. This where I write about things that are relevant to my life whether big or small, mostly about my feelings towards things. All things posted are strictly my take on things unless written otherwise. Happy reading!

Wednesday, May 12, 2010

Together

P untuk penat. sangat penatttt.

P juga untuk lesen kereta P yang berwarna merah menyala yang garang gitu, selamat tertampal di atas cermin kereta Suzuki Swift yang handsome yang kian berhabuk akibat berhujan panas di bawah porch rumah ataupun di bawah pokok angsana yang tinggi lampai di hadapan rumah itu. ngehehe.

tidak perlu diceritakan kisahnya, kita terus ke markah, part best nii, 18/20. haha, walaupun bukan markah penuh, tetapi rasa seperti mahu frame dan gantung kan kertas jpj itu pada dinding bilik kini dan juga sehingga kahwin nanti supaya dinding turut merasa sedikit sebanyak kebanggaan tuan empunya dinding itu kerana telah berjaya menjadi seorang driver yang sah, wah wah, berbunga bunga hati ini sampai agak agak 100 ekar tanah pun tak cukup nak tanam, bayak sgt bunga. haha. tarikh harini, 1205, fuhh keramat keramat,

hati ini terlalu gembira sehingga sanggup meredah hujan ribut semata-mata hendak pulang dgn secepat mungkin dgn harapan ingin berjumpa dgn kekasih hatinya, yang ntah ya ntah tidak menunggu-nuggu kehadirannya itu. atau sekadar ingin membeli topup dgn secepat mungkin untuk membalas mesej yang bertubi-tubi, *sekadar hiperbola sahaja* takpelah. jam menunjukkan jari pendek ke kanan, dan jari panjang ke atas. dlm otak hanya berfikir, van mana kau, van mana kauu.

seletah dua jam menunggu, dan kelibat manusia di sekolah memandu itu sudah boleh dikira jgn jari, air mata sudah mula beraksi. mengada ngada nak keluar pahal ? otak turut memainkn video video yang tidak masuk akal seperti visual diri ku keseorangan di sekolah memandu yang kira kira 55 kilometer dari rumah, dan sekaliling yang gelap gelitaa, mengundang bahaya dan malapetaka, hishhh, cpt2 ku buang visual itu. merepek merepek. tepat jam 5, lebih sikit la kot, muncul lah sebuah van yang gah berwarna putih, yang pada awal pagi tadi memuatkan 10 orang pelajar, kini tinggal aku dah si jejaka yang tidak diketahui namanya, aku yang separa marah dan separah lega, kini sedar, apabila mengetahui bahawa jejaka yang tidak diketahui namanya itu adalah dari sesi satu. betapa sabarnya lelaki itu menunggu, tetapi aku yang hanya baru 2 jam menunggu sudah marah dan resah gelisah seperti adam tanpa amani. fuh, terbeliak mata sebentar.

*if you think that you are in the lowest point in your life, trust me, there are people who are lower than you. don't ever give up*

setelah sampai ke sekolah memandu di AU, timbul lagi satu masalah yang tidak berapa besar sebenarnya. saya ni, ada habit tau, nk tau ? kalau rumah saya dari sesebuah tempat tu tak jauh sgt, jauh, tapi tak jauh sgt pun, orang normal mesti naik kereta, kiranya jauh la jugak untuk berjalan kaki, tapi tidak la jauh sampai berpuluh puluh kilometer, hanya 5 kilometer dan ke bawah agaknya, saya ada perasaan yang sangat kuat untuk tetap berjalan kaki, merentasi highway, dah menerima hon hon yang kuat lagi menceriakan dari pemandu dan penunggang di jalan raya itu. mengapa ? satu, kerana menjimatkan kos, dua, kerana mahu saving, haa, sama bukan ?HAHA takdela, entah, menyihatkan badah juga(: atau sekadar mahu membuat experiment untuk mengisi masa yang terluang.

alkisah tadi pada pukul 6.00 ptg, setelah membeli topup dan mengira duit di dalam dompet yang tinggal beberapa helai sahaja wang kertas yang berwarna biru cair itu, walaupun tahu disebalik zip terdapat harta karun bernilai hanya lebih sedikit dari RM 49, tetapi sayang, jadi otak membuat keputusan untuk berjalan kaki pulang. harapan adalah untuk sampai ke rumah sebelum siri adamaya yang kian sedih itu bermula.

mata melilau, sedang kaki berjalan. eh, byk pulak taxi lalu lalang kat sini, jadi, anda tahu kesudahannya ? pulanglah nik alhana ke rumahnya menaiki taxi, helaian duit seringgit ada 7, nasib baik taxi charge 5.9 tapi saya ckp keep the change la uncle ! HAHA :D


MAXIME

where is the love ? by black eyed peas

No comments: