Mademoiselle

My photo
Hi! I'm Sabrina, a 25 year old wanderer. This where I write about things that are relevant to my life whether big or small, mostly about my feelings towards things. All things posted are strictly my take on things unless written otherwise. Happy reading!

Friday, April 20, 2012

Ikan Emas, jangan diambil serius

Hinakah aku di mata engkau? Sampaikan kau sanggup pergi, meninggalkan ku, setelah kau robek kesemuanya milikku. Ya, kau pergi, meninggalkan aku dengan tiada kredit di telefon, tiada bunga di hatiku, tiada senyuman di bibirku. Engkau tahu bukan, aku tiada nyawa andai telefonku tiada isinya? Alangkah pahitnya hatimu, sepahit kopi kaw kaw yang engkau selalu minum. Padah minum setiap hari agaknya, perlaku kopi itu telah menjadi sebati dengan dirimu.

Kisah ini mungkin dibuat buat, malah mungkin ia benar. Di celah jari jari gemukku menaip perkataan demi perkataan bahasa melayu mudah ini, pasti tampil sedikit kebenaran walaupun ia mengarut.

Punggungku dilabuhkan ke atas kerusi, berdoa agar ia tidak rebah menyembah bumi. Perutku berkeroncong. Hatiku degil, masih belum mahu menerima kenyataan yang engkau telah pergi selamanya. Itulah mesej yang otakku berkali kali cuba sampaikan, tetapi hati ku ini tetap tidak mahu mendengar. Aku biarkan sahaja kedua dua mereka itu bertelagah kerana perutku menjerit meminta diisi.

Tanganku pantas menyelak buku terbaru hasil Fixi, aku mengeluh sebentar. Ah, terlampau tinggi bahasa melayu yg mereka guna. Aku melirik ke arah buku tersebut berkali kali namun tidakku faham maksud penulis penulis cerpen itu, terutamanya Ridhwan Saidi. Apa jenis anak melayu aku ni? Sedangkan maksud borjuis pun tidak ku tahu, jauh sekali menggunakannya dalam ucapan seharian. Terlampau biasa dengan drama drama fiksyen inggeris agaknya.

Detikan jam Swatch pemberianmu mengejutkan aku dari khayalku. Sudah dibuai mimpi aku rupanya. Mana tidak nya, tidurku setiap hari hanya maksima 4 jam sahaja. Itu pun jika tidak disuruh membuat kerja kerja remeh yang lain. Mujur aku dibayar extra time, kalau tak, ah, jangan harap aku nak jadi kuli kau.

Mataku meliar mencari rupa parasmu. Mana engkau menghilang? Dari sedih, bertukar risau, bertukar marah. Hanya mesej pemberianmu menjadi penemanku ketika ini. 'Sekejap tau'. Kepala hotak kau sekejap. 3 jam aku sudah menunggu. Malah telah habis satu buku aku baca, walau tidak ku faham seluruhnya. Boleh pergi dari Ipoh ke KL dah ni. Ok, mungkin aku sengaja menghiperbolakan pemergianmu pada awal penulisanku ini, tapi itulah wanita. Risau tak terkira, cemburu tak bertempat. Tapi aku bukan cemburu, aku hanya risau. Positif yang engkau takkan curang denganku bersama perempuan lain. Jika ya, engkau pasti tidak akan memilih aku dari awalnya, ya bukan?

Sudahlah. Lebih lama aku menulis, lebih banyak merepek aku salurkan kedalam otak pembaca. Maaf ya. Aku bosan, dan juga kemaruk kopi. Bukan air kopi itu ya, Kopi cerpen dari Fixi itu. Jaga kau Ridhwan Saidi, tulisan kau dah menular ke dalam otakku, tapi kau terlampau hebat untukku tewaskan. Minta tunjuk ajar, sifu.

Sekian: alhanasabrina

No comments: